Wednesday, July 27, 2011

Jika Rasulullah itu masih ada

Ini hanyalah satu muhasabah bukan realiti dan harap ia tidak menjadi kontroversi.
Bayangkan apabila Rasulullah dengan izin Allah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita.
Ketika itu Baginda datang dengan tersenyum dan muka yang berseri-seri di hadapan pintu rumah kita. Apa yang akan kita lakukan? Mesti kita menjadi sangat terkejut, memeluknya erat-erat lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu. Kemudian kita tentunya akan meminta agar Rasulullah sudi menginap beberapa hari di rumah kita. Tapi barangkali kita meminta Rasulullah menunggu sebentar di depan pintu kerana teringat VCD 18+ atau lukisan wanita separuh bogel yang melekat di ruang tamu kita sehingga kita terpaksa memindahkan semuanya ke belakang dengan tergesa-gesa kemudian menggantikan khat nama Allah dan Muhammad yang tersimpan dalam almari dan kita meletakkannya di ruang tamu.
Apa agaknya Rasulullah katakan jika baginda tahu semua itu? Bagaimana pula jika Rasulullah bersedia menginap di rumah kita? Barangkali kita menjadi malu kerana tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah s.a.w, keluarga dan sahabatnya. Kita terpaksa menukar ruang tamu menjadi ruangan solat, malah segera mencari pakaian solat, kopiah, serban dan al-Quran. Manakala bagi anak isteri, kita terus belikan pakaian menutup aurat demi menutup malu selama ini kita berpakaian tidak menutup aurat .
Apa agaknya rasa Nabi dengan perlakuan dan lakonan kita itu? Belum lagi koleksi buku-buku, kaset dan karaoke kita. Ke mana kita harus menyingkirkan semua koleksi itu demi menghormati junjungan kita? Sudah tentu kita menjadi malu kerana kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berkumandang. Kita juga pasti malu kerana pada waktu Maghrib keluarga kita masih sibuk di depan televisyen. Kita hanya menghabiskan hampir seluruh waktu untuk mencari kesenangan duniawi. Sudah tentu juga kita berasa malu kerana keluarga kita tidak pernah menunaikan solat sunat, sangat jarang membaca al-Quran dan tidak mengenal jiran tetangga kita.
Sudah tentu kita malu jika Rasulullah menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari lewat di depan rumah kita.
Justeru, bayangkan apabila Rasulullah tiba-tiba muncul di depan rumah kita. Apa yang akan kita lakukan? Masihkah kita memeluk junjungan Nabi kita itu dan mempersilakan baginda masuk dan menginap di rumah kita? Atau akhirnya dengan berat hati, kita menolak kunjungan baginda kerana hal itu akan sangat membuat kita segan dan malu. Maafkan kami ya Rasulullah. Oh betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah. Itu belum lagi kalau hendak kira cara kita mencari duit, membina keluarga, cara kita berpolitik, berniaga dan segala perlakuan kita yang bertentangan dengan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Layakkah kita bergelar umat Muhammad, dan layakkah kita mendapat syafaat Nabi di hari akhirat nanti?

Monday, January 17, 2011

Kewajipan Lelaki Melindungi Wanita

oleh in a relationship with pada pada 16hb Januari 2011 pukul 11.29 ptg
Lelaki disyaratkan melindungi wanita, hindari kekerasan. Dalam institusi perkahwinan, lelaki ialah ketua keluarga sesuai dengan fitrah kejadiannya yang lebih gagah dan beberapa kelebihan lain berbanding wanita. Tanggungjawab lelaki sebagai ketua (pemimpin) kepada perempuan ditegaskan oleh Allah melalui firman-Nya bermaksud:
"Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki selepas menafkahkan sebahagian daripada harta mereka." (Surah an-Nisa, ayat 34)
Islam mensyaratkan lelaki sentiasa menjadi pelindung dan berbuat baik terhadap wanita. Sebagai pemimpin, lelaki dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan, kebajikan dan menyediakan keperluan hidup untuk isteri dan anak mereka. Islam melarang sama sekali kekerasan dalam rumah tangga. Rasulullah memberi ingatan dengan sabda bermaksud:
"Mengapa ada lelaki di kalangan kamu yang suka memukul isterinya seperti memukul seorang hamba, padahal dia akan menyetubuhi isterinya itu pada hari lain." (Hadis riwayat Ahmad).
Isteri mempunyai hak untuk mendapat layanan sebaik-baiknya. Pada suatu ketika, ramai isteri datang menemui isteri Rasulullah mengadu mengenai layanan buruk yang diterima daripada suami mereka. Apabila Rasulullah mengetahuinya, baginda pun bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya ramai wanita datang menemui isteriku mengadu mengenai suami mereka. Sesungguhnya suami kepada wanita itu bukanlah orang yang terbaik daripada kalangan kamu." (Hadis riwayat Abu Daud).
Rasulullah memberi contoh bagaimana menjadi seorang suami yang baik. Rasulullah sering menolong isterinya melakukan kerja di rumah yang baginda dapat melakukan sendiri seperti menjahit baju yang koyak, memasak, membersihkan laman dan kerja lain. Sifat ringan tangan suami membantu isteri melakukan kerja rumah bukan semata-mata meringankan tugas isteri, tetapi menimbulkan rasa hormat isteri. Isteri berasakan dirinya lebih disayangi dan dihormati.
Amalan melakukan kerja rumah secara bersama dapat membentuk kerjasama, persefahaman, keceriaan dan menghargai apa yang dilakukan bersama-sama. Suami yang sama-sama membersihkan rumah tentu tidak akan melakukan perbuatan yang menyebabkan keadaan menjadi kotor. Bagaimanapun, ramai suami yang secara sengaja mengotorkan kawasan rumah dengan habuk dan puntung rokok yang dibuang merata-rata dan kemudian menyuruh si isteri pula membersihkannya.
Melakukan kebaikan kepada isteri adalah sebahagian tanda muslim sejati. Suami yang baik sedar bahawa dirinya menanggung amanah besar dalam soal menjaga kepentingan isteri. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Orang yang baik antara kamu adalah orang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri dari kalangan kamu." (Hadis riwayat at-Tirmizi).
Sikap baik sebenarnya bukan terhad kepada isteri. Semua orang berhak dilayan dengan baik, terutama ahli keluarga dan sesiapa yang diamanahkan kepada kita menjaganya. Orang gaji dan sesiapa yang tinggal bersama kita perlu dilayan dengan sebaik-baiknya. Sikap baik Rasulullah terhadap isteri diakui oleh isteri baginda, Siti Aisyah. Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Aisyah pernah berkata:
"Rasulullah tidak pernah sekalipun memukul isteri dan pembantunya."
Menjaga dan berbuat baik terhadap isteri juga dilakukan dengan cara menyediakan apa yang suami mampu untuk dirinya, maka itulah juga seharusnya untuk isteri. Adalah menjadi hak isteri mendapat pemberian yang mampu disediakan oleh suaminya. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
"Tanggungjawab suami terhadap isterinya adalah apabila kamu makan, hendaklah kamu beri makanan untuk isterimu. Apabila kamu memakai pakaian, kamu berikan pakaian untuk isterimu. Jangan kamu pukul isterimu pada bahagian muka. Jangan kamu keluarkan perkataan yang jahat di hadapannya iaitu perkataan yang menyakiti hati dan dibenci. Jangan kamu tinggalkan isterimu seorang diri kecuali dalam rumah." (Hadis riwayat Abu Daud)
Islam menggesa si suami agar berurusan dan bermuamalah bersama isteri dengan adab yang baik, memandangkan pertimbangan akal kaum wanita dianggap kurang berbanding kaum lelaki. Allah befirman di dalam al-quran:
"Gauli mereka dengan adab yang baik." (An-Nisa': ayat 19)
Ini merangkumi tutur kata yang lunak, bersikap adil bersama isteri sekiranya si suami berpoligami, memberi nafkah, bermesyuarat dengan isteri dalam urusan rumahtangga, menutup kelemahan isteri dan lain-lain lagi. Mengelak daripada mengatakan perkara buruk terhadap isteri adalah sebahagian sikap baik yang perlu diamalkan oleh suami. Ada suami yang sering dan gemar mengeluarkan perkataan tidak enak terhadap isteri disebabkan sesuatu perkara tidak disenangi. Perkataan buruk yang dikeluarkan terhadap isteri juga satu penderaan iaitu penderaan mental. Isteri yang selalu diherdik, dihina dan dimarahi akan menghadapi tekanan perasaan dan mudah timbul perasaan takut untuk berdamping dengan suami. Sesiapa yang suka mengamalkan sikap bengis dan suka menakut-nakutkan isteri dengan perkataan kasar akan terlepas daripada rahmat Allah dan menanggung kerugian di dunia dan akhirat.
Sesungguhnya Rasulullah sallallahu'alaihi wa sallam adalah teladan yang paling baik. Meskipun baginda membolehkan memukul isteri setelah nasihat dan memulaukannya di tempat tidur tidak berkesan, namun baginda tidak pernah memukul isterinya. Islam mengharuskan suami memukul isteri dengan pukulan ringan yang tidak menyakitkan walaupun ke atas bayi, sekadar amaran agar si isteri tidak mengulangi kesilapannya. Islam telah menetapkan garis panduan yang cermat berkaitan keharusan memukul, agar tidak mendatangkan mudharat lain yang tidak diundang, seperti menegah memukul bahagian muka serta jangan memukul dengan pukulan yang mencederakan. Pukulan ini juga dibenarkan setelah isteri dipisahkan tempat tidur dan masih belum bersedia untuk mengubah tabiat buruknya.
Rasulullah sentiasa menjaga perasaan para isteri baginda dan pandai menambat hati mereka dengan bergurau senda dan bermesra. Rasulullah menggesa para suami agar bijak menyesuaikan diri,ketika berada di samping isteri. Rasulullah bersifat keanak-anakan ketika berada di samping isteri baginda, meskipun baginda seorang pahlawan yang handal di medan jihad.
Sememangnya wanita suka dimanjai dan dibelai. Rasulullah mengkehendaki para suami agar pandai meletakkan taraf dirinya sedarjat dengan isteri, untuk mengelakkan rasa canggung dan janggal ketika bersama isteri. Pernah diriwayatkan dalam sunan Abu Daud dan Al-Nasa'ie, Rasulullah berlumba lari dengan isteri baginda Saidatina Aisyah. Meskipun Rasulullah pesuruh Allah yang sibuk dengan urusan menyebarkan dakwah dan berjuang di medan jihad, namun baginda masih ada kelapangan untuk bermesra bersama isteri baginda dan ini bukanlah suatu yang menyalahi etika. Rasulullah bersabda di dalam riwayat Tarmizi dan Muslim:
"Mukmin yang paling sempurna ialah yang paling baik akhlaknya dan paling berlemah lembut bersama isterinya."
Islam menggambarkan mukmin yang paling sempurna ialah mereka bijaksana melayani isteri dan berbudi pekerti mulia. Satu contoh petunjuk Rasul yang menggambarkan baginda beradab sopan bersama isteri baginda ialah hadis yang diriwayat oleh Ibn Abi Dunya, Saidatina Aisyah memberitahu bahawa:
"Segala urusan dan perlakuan Baginda amat menakjubkan, sehingga ketika baginda bersama isterinya pada suatu malam dan telah bersentuhan kulit, baginda meminta izin dari isterinya Aisyah untuk beribadat menemui Tuhannya."
Demikianlah adab Rasul bersama isteri baginda, meminta izin untuk meninggalkannya meskipun untuk bertemu Tuhan.
http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/1493-kewajipan-lelaki-melindungi-wanita.html

Friday, January 14, 2011

NAPOLEON BONAPARTE - JENERAL TENTERA PERANCIS YANG MEMELUK ISLAM

NAPOLEON BONAPARTE - JENERAL TENTERA PERANCIS YANG MEMELUK ISLAM

by Classic Berbisik on Saturday, January 15, 2011 at 11:42am
“AGAMA-agama itu selalu didasarkan pada hal-hal yang ajaib,
seperti halnya Trinitas (Thriniti) yang sulit difahami.
Yesus (Jesus) didakwa dirinya sebagai Anak Tuhan,
padahal baginda berasal daripada keturunan Daud.

Maka saya lebih meyakini agama yang dibawa oleh Muhammad (Rasulullah) .
Islam terhindar jauh daripada kelucuan-kelucuan ritual seperti yang terdapat di dalam agama kita (Kristian).

Bangsa Turki juga menyebut kita sebagai orang penyembah berhala dan dewa.

“Dengan penuh kepastian saya harus memperjelaskan kepada anda dalam setiap ucapan saya bahawa saya adalah seorang muslim dan saya memuliakan Nabi Muhammad serta mencintai orang-orang Islam.”

Mungkin anda tertanya-tanya, siapakah yang begitu berani menuturkan kata-kata di atas?
Atau mungkin anda lebih tidak percaya kerana yang berkata demikian ialah Napoleon Bonaparte!

Tokoh itu begitu terkenal dalam sejarah sehingga namanya berada dalam urutan ke-34 daripada Seratus Tokoh Yang Paling Berpengaruh Di Dunia (Buku tulisan Micheal H. Hart yang meletakkan Rasulullah s.a.w menduduki tempat teratas dalam senarai itu).

Sebagai Kaisar atau Raja Perancis,
Napoleon mengukir sejarah yang begitu hebat sebagai jeneral tentera yang berjaya menundukkan dan menawan banyak negara Eropah sehingga ke Asia Barat,
termasuk Mesir dan Palestin.

Istilahnya beliau menyapu bersih,
sehingga menjadikan Napoleon sangat berkuasa dan berdaulat penuh terhadap negara Perancis.
Malah sesetengah pihak menganggap dalam bidang ketenteraan dan strategik Napoleon ialah jeneral yang paling genius.

Napoleon dilahirkan di Ajaccio (Aiacciu) atau disebut Ajax dalam bahasa Latin di Pulau Corsica yang terletak di bahagian tenggara Perancis pada 15 Ogos 1769 sebagai Napoleone Buonaparte.
Pulau Corsica yang berada di bawah jajahan Perancis merupakan pulau keempat terbesar selepas Pulau Sicily,
Sardinia dan Cyprus di Laut Mediterranean.

Kariernya sebagai anggota tentera yang paling digeruni bermula apabila beliau menyertai Tentera Revolusi Perancis pada lewat 1790-an.
Sehingga tahun 1799, Napoleon memerangi hampir seluruh Eropah sehingga beliau kembali ke Perancis sebagai raja selepas kempennya selesai di Mesir.

Pada 1800, Napoleon kembali semula ke medan perang dengan mengalahkan Austria.
Pada 1802, Napoleon memperkenalkan sistem Perundangan Perancis yang baru yang dikenali sebagai Napoleonic Code.

Pada 1804 beliau ditabalkan sebagai Maharaja Perancis di Gereja Notre Dame Cathedral.
Sehingga 1807, keluasan empayarnya bermula dari Sungai Elbe di bahagian utara Perancis menganjur sehingga ke Itali di bahagian selatannya atau dari Pyrenees sehinggalah perairan Dalmatian.

Kejatuhan

Tetapi selepas 1812,
Napoleon mula mengalami kejatuhan apabila beliau menerima kekalahan pertama ketika cuba menakluk Rusia.
Beliau juga terpaksa melepaskan Spain (Sepanyol) kepada Duke Of Wellington daripada tentera British dalam Peninsular War.
Beliau mengalami kekalahan yang teruk pada 1814.

Napoleon terpaksa melarikan diri ke Pulau Elba dan kembali semula ke Perancis pada 1815 untuk mengumpulkan kembali kekuatan tentera yang dikenali Grand Army.
Tetapi beliau terpaksa mengaku kelemahan apabila mengalami kekalahan teruk dalam Perang Waterloo di tangan tentera Wellington.

Sebagai hukuman,
Napoleon dinafikan haknya untuk menetap di Perancis.
Malah beliau dibuang negeri ke Pulau Saint Helena yang terletak di bahagian timur Afrika.
Enam tahun kemudian,
iaitu pada 1821 beliau meninggal dunia di pulau itu dipercayai akibat kanser perut.

Sehinggalah pada 1840, barulah mayatnya di bawa pulang semula ke Paris.
Tetapi dalam satu ujian didapati rambut Napoleon mengandungi kandungan racun arsenik yang tinggi.

Ini menjadi teori kepada punca kematian beliau yang sebenar.
Beliau dipercayai diracun oleh Count of Montholon bagi pihak British yang tidak mahu melihat Napoleon kembali berkuasa.

Namun persoalan besarnya benarkah pemimpin tentera yang digambarkan sebagai seorang yang kejam dan rakus ini benar-benar memeluk Islam?
Jika benar,
adakah kerana ada muslihat di sebalik itu bagi membolehkan apa yang beliau hajati tercapai?

Pengislaman Napoleon didedahkan oleh penulis David M. Pidcock dalam sebuah bukunya yang memetik kembali keratan sebuah akhbar rasmi Perancis, Le Moniteur, yang menyebut mengenai pengislaman Napoleon pada 2 Julai 1798.
Ia berlaku hampir 23 tahun sebelum beliau meninggal dunia pada 1821.

Apabila tokoh ini memeluk Islam, beliau dikenali sebagai ‘Aly (Ali) Napoleon Bonaparte’.

Peristiwa ini dipercayai berlaku ketika Napoleon berada di Mesir.
Napoleon tertarik kepada Islam ketika dijemput menghadiri suatu majlis memperingati ulang tahun kelahiran baginda Rasulullah s.a.w yang dihadiri oleh begitu ramai umat Islam.

Majlis itu menyedarkan Napoleon kepada kata-kata Voltaire yang mempercayai bahawa manusia memerlukan agama dalam hidup mereka.
Manusia tidak boleh hidup tanpa agama atau tanpa mempercayai tuhan.
Pengalaman di Mesir itu dikatakan memberikan satu perjalanan rohani kepada Napoleon.

Tetapi apakah yang membuatkan tokoh perang ini dapat menerima Islam?

Napoleon berkata, Rasulullah s.a.w. berjaya memandu kehidupan kaum Arab yang jahil kepada jalan yang benar.
Mengajar kepada mereka mengenai keesaan Allah.
Allah yang satu.
Tuhan yang tidak mempunyai bapa,
tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai pendamping.
“Sedangkan menyembah pelbagai jenis tuhan merupakan satu budaya yang sangat kabur tetapi tidak lebih satu aspek pemujaan kepada berhala yang merupakan hanyalah patung-patung yang kosong,” katanya.

Napoleon juga sangat mengagumi kitab suci al-Quran setelah beliau membandingkan isi kandungannya dengan Alkitab.

“Saya menemukan kebenaran-kebenaran yang unggul di dalam al-Quran yang selama dikelirukan oleh kitab-kitab terdahulu yang manusia itu campur tangan di dalamnya melalui kata-kata mereka sendiri, bukannya kata-kata Tuhan,” katanya.

Malah yang lebih menarik adalah ucapan Napoleon ketika beliau mula-mula sampai di Palestin pada tahun 1799 sebelum bertempur dengan tentera Othmaniah.

Sambil mengenakan serban di kepalanya,
Napoleon mengaku mengenai pengislamannya dan berkata:
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Saya Bonaparte, Amir (Pemimpin) dari tentera Perancis.
Kepada semua pemimpin tempatan, para mufti dan penduduk Gaza, Ramla dan Jaffa,
semoga Allah melindungi kita semua,” katanya.

Pengislaman Napoleon mungkin dapat diketahui lebih lanjut melalui sebuah lagi buku,
iaitu Napoleon and Islam atau Bonapart et Islam oleh C. Cherfils. ISBN: 967-61-0898- 7

Dalam buku itu, Napoleon dipetik sebagai berkata:
“Dalam masa terdekat ini, jika berpeluang,
saya ingin menyatukan semua umat manusia melalui budaya yang baik (Islam) dan kerajaan yang memimpin rakyatnya melalui prinsip yang tertulis dalam al-Quran al Karim.”

Undang-undang
Menyebut mengenai undang-undang,
Napoleon sendiri mengakui akan keagungan undang-undang Islam iaitu syariah.

Lalu beliau mengguna pakai undang-undang itu semasa memerintah Perancis dan dipercayai hingga sekarang pengaruh dan elemen undang-undang syariah masih diguna pakai di negara itu.

Contoh yang paling ketara adalah apabila berlaku tragedi kemalangan jalan raya yang meragut nyawa Puteri Diana dan teman lelakinya,
Dodi Al Fayed pada 1997.

Mengikut undang-undang lama Perancis,
jurugambar yang sempat mengambil detik-detik berlakunya kemalangan dan kematian Puteri Diana itu dijatuhkan hukuman.
Mereka disabit kesalahan kerana tidak membantu mangsa dan lebih mengutamakan untuk mengambil gambar.
Bentuk undang-undang dan hukuman ini jelas diambil daripada perundangan syariah Imam Malik.

Bagaimanapun, pensyarah di Jabatan Sejarah dan Tamadun Manusia,
Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Zuraini Nordin berkata,
terdapat pelbagai pendapat mengenai status agama dan pengislaman Napoleon.
Beliau berkata, pada asalnya panglima dan maharaja Perancis itu seorang yang berpegang kepada ajaran Deism iaitu tidak percaya kepada ajaran-ajaran Kristian seperti Original Sins (Dosa Warisan), mukjizat dan sebagainya.

“Dia mengkritik ajaran Kristian itu sebagai hanya mementingkan aspek spiritual individu berbanding dengan Islam yang dia sendiri iktiraf sebagai agama yang rasional dan mementingkan ilmu - sains,” katanya.

Maka tidak hairan jika Napoleon sangat-sangat menghargai agama Islam,
menghormati orang Islam dan mengagumi keperibadian Nabi Muhammad itu sendiri.

“Ini kerana beliau percaya Rasulullah bukan sahaja seorang pemimpin agung tetapi juga seorang ‘penjajah’ yang ulung,

“Jadi ia sangat sesuai dengan jiwanya sebagai seorang maharaja dan penjajah Perancis yang sangat bercita-cita tinggi,” katanya.

Kata Zuraini, Napoleon ialah seorang yang banyak membaca mengenai Islam,
al-Quran dan hadis Nabi dan beliau memupuk hubungan baik dengan para mufti dan ulama-ulama Al-Azhar semasa ekspedisinya di Mesir.

“Napoleon mengiktiraf Islam sebagai satu sistem kepercayaan yang unggul dan beliau banyak mengadaptasikan undang-undang syariah ke dalam kod sivilnya yang dikenali sebagai Code Napoleon.

“Dengan kod atau undang-undang itu Napoleon rasakan beliau dapat memberi manfaat kepada empayarnya dan rakyat Perancis.

“Sebagai seorang raja, tidak dinafikan Napoleon seorang yang agak berjiwa rakyat dan semasa pemerintahannya banyak reformasi dilakukan untuk kepentingan rakyatnya,” katanya.

Namun, menurut Zuraini, ada juga pihak yang menaruh rasa sangsi dan mempertikaikan mengenai pengislaman Napoleon itu.

“Walaupun ada direkodkan mengenai pengislaman Napoleon,
dipercayai tokoh ini hanya menaruh minat terhadap Islam.

“Malah beliau mempergunakannya demi kepentingan diri dan meluaskan empayar,” katanya.

Dakwaan ini tidak menghairankan kerana pengislaman seseorang di Eropah sering kali tidak disenangi oleh sesetengah pihak yang ada kepentingan masing-masing.

Pertikaian ini sebenarnya membuka lembaran kepada kajian yang lebih mendalam bagi menentukan status agama anutan Napoleon.
Kepada Barat, mungkin terlalu sukar untuk mereka menerima hakikat ada tokoh sehebat Napoleon yang menerima kebenaran Islam.
Sedikit sebanyak ia memberikan tamparan kepada pelbagai sikap negatif mereka terhadap Islam selama ini.

``````` http://www.haticlassic.blogspot.com/

SAHABAT YANG BAIK ADALAH ... ? ...

SAHABAT YANG BAIK ADALAH ... ? ...

by Vicky Robiyanto Dua on Wednesday, January 12, 2011 at 3:02pm

 Bismillahir-Rahmanir-Rahim....

 1. Memulakan dan memberi salam apabila bertemu.

Motivasi: Memberi salam terlebih dahulu tanda merendah diri seseorang kepada Allah. Allah sangat cinta pada hamba yang tawaduk.

2. Memanggil nama sahabat dengan nama yang disukainya sama ada di depan atau di belakangnya.

Motivasi: Kita juga suka orang menyebut nama yang kita senangi sama ada di depan maupun di belakang kita. Jadi lakukan perkara yang sama pada kawan kita.

3. Memperhatikan sahabat ketika sahabat berbicara serta hindari memotong pembicaraan.

Motivasi: Allah suka kepada seseorang yang fokus dan mengambil berat terhadap orang lain.

4. Menyampaikan pujian orang terhadap sahabat. Jika kita sembunyikan berarti kita sebenarnya menyimpan rasa dendam dan iri hati.

Motivasi: Allah suka kepada seseorang yang ikhlas dalam persahabatan. Menyampaikan pujian di sini bertujuan menggalakkan sahabat kita konsisten menunaikan perkara yang baik. Bukan bertujuan membodek.

5. Tidak menceritakan fitnah dan celaan orang terhadap sahabat. Ini untuk menghindari rasa kurang senang dan tercetusnya krisis.

Motivasi: Allah suka seseorang yang menyembunyikan perkara yang menggusarkan hati sahabatnya.

6. Memberi pertolongan kepada sahabat yang memerlukannya tanpa menunggu dia memintanya. Kalau dia memohon bantuan, wajib kita bantu seberapa mampu.

Motivasi: Allah menolong seseorang yang dia menolong sesama insan dalam kebaikan.

7. Mengutamakan keperluan dan kepentingan sahabat dari kepentingan diri.

Motivasi: Allah mengasihi seseorang yang mampu mendahulukan keperluan orang lain mengatasi dirinya sendiri. Allah sebaik-baik pemberi rezeki. Apa yang kita berikan akan diganti dengan yang lebih baik.

8. Berfikirkan positif terhadap sikap sahabat. Hindari prejudis pada mereka.

Motivasi: Secara tidak disedari, orang yang suka bersangka buruk pada orang lain telah menghukum di atas perkara yang tidak diketahui dengan jelas. Allah membantu seseorang yang suka bersangka baik dengan orang lain.

9. Memberi nasihat terhadap kesalahan dan kelalaiannya. Jika melihat kawan kita mulai lalai atau melakukan kesalahan, tegur dan beri nasihat secara rahsia.

Motivasi: Umpama kita tersalah jalan mahu menuju ke suatu tempat. Kemudian rakan kita menegur kita. Pastinya kita suka dan berterima kasih kepadanya. Kita juga suka kalau kesalahan kita tidak diperbesarkan dan ditegur tanpa diketahui orang lain. Ia menunjukkan maruah kita dihargai.

10. Sentiasa memaafkan kesalahan sahabat kita. Bila melihat dia lakukan kesalahan, kita biarkan bagaikan pepatah : memulangkan paku buah keras.

Motivasi: ‘Memulangkan paku buah keras’ bererti kita mendendaminya. Apakah kita ikhlas bersahabat dengannya selama ini? sedangb Allah bersama orang yang ikhlas.

11. Sekiranya dia minta maaf, terima saja apa alasan yang diberikan, tidak perlu menilai kesalahannya.......

Motivasi: Serahkan sahaja perkara yang tidak diketahui kepada Allah. Lagi pula, Allah tidak akan bertanya pada kita apakah kawan kita berbohong atau tidak. Yang pasti, Allah akan tanya kita apakah kita telah memaafkan sahabat yang telah meminta maaf.

12 Tidak mengulang kembali kesalahan atau keburukannya yang pernah dilakukan pada kita.

Motivasi: Apakah kita suka kalau sahabat kita mengungkit kesalahan kita yang lalu sedangkan kita sudah menginsafinya.

13. Hondari berdebat hgg bertengkar kepada perkara yg remeh temeh. Apatah lagi mengeluarkan kata-kata kesat.

Motivasi: Perkelahian pertama di dunia ialah antara dua anak Adam iaitu Qabil dan Habil. Ia dicetuskan oleh Iblis yang memusuhi manusia hingga kiamat. Justeru ingatlah, apabila kita berbalah tanpa didasari kebenaran, sebenarnya kita menurut jejak-jejak Iblis.

14. Menyembunyikan segala rahsia sahabat dan tidak menceritakan kepada orang lain walau kepada pasangan (suami/isteri) kita sendiri.

Motivasi: Allah menyembunyikan rahsia kita selagi kita menjaga rahsia sesama kita.

15. Tidak mendesak atau memaksanya sehingga dia rasa terbeban dengan permintaan kita itu.

Motivasi: Apakah kita suka didesak atau dipaksa melakukan atau menunaikan sesuatu?

16. Menjiwai apa yang dirasakannya baik keadan senang atau susah. Gembira terhadap peristiwa yang menggembirakannya dan bersedih terhadap peristiwa yang menyedihkannya.

Motivasi: Apakah yang kita rasa bila kita sedang gembira, sahabat kita mengerut-ngerutkan mukanya? Apakah yang kita rasa bila kita bersedih, kawan kita bergelak ketawa di hadapan kita?

17. Memberi hadiah

Motivasi: Allah cinta kepada orang yang bermurah hati.

18. Sentiasa memupuk kasih sayang dengannya hingga akhir hayat.

Motivasi: Allah cinta kepada orang yang saling berkasih sayang keranaNya. Justeru Allah menegaskan bahawa salah satu dari dua doa yang tidak dimakbulkan ialah doa supaya diputuskan silaturrahim. Memelihara silaturrahim serta mengekalkannya juga dapat memanjangkan umur.

19. Mengucapkan terima kasih di atas kebaikan sahabat terhadap kita.

Motivasi: Allah berjanji kalau kita sentiasa berterima kasih dengan nikmat yang diperolehi, (naik kepada manusia atau kepadaNya), maka Dia akan tambahkan lagi nikmat tersebut. Ini janji Allah. Nescaya ditepati.

20 Sentiasa mendoakannya. Doakan selalu sahabat-sahabat kita ketika dia masih hidup atau setelah dia meninggal dunia.

Motivasi: Para malaikat akan selalu mendoakan kita selagimana kita mendoakan kebaikan buat sahabat-sahabat kita.

21. Menziarahi sahabat tatkala dia sakit atau ditimpa bencana.

Motivasi: Allah suka kepada hamba yang mengambil berat hal orang lain.

22. Mengiringi sahabat ke pintu ketika dia hendak pulang setelah menziarahi kita.

Motivasi: Sikap ini menandakan kita menghargai kunjungan sahabat. Sahabat kita pula merasa dirinya dihormati dan dihargai. Kesannya ia mampu menambahkan kasih sayang sedia ada.

Lakukan semua perkara di atas karena cinta kpd Allah. Apa yang telah kita amalkan, sama-sama kita berusaha untuk konsisten dengannya. Mana yang kurang, sama-sama kita perbaiki. Insya Allah, persahabatan kita berkekalan dengan limpahan barakah dariNya......Aamiin Ya Robb..

Semoga bermanfaat dan penuh Kebarokahan dari Allah.....

Marilah Setiap detak-detik jantung..,
selalu kita isi dengan..
Asma Teragung diseluruh jagad semesta raya ini...

Vicky
Zawiyah Sirul Barokah
Subhanallah wabihamdihi Subhanakallahumma wabihamdika AsyaduAllahilaha illa Anta Astagfiruka wa'atubu Ilaik ....

Pengantin Bidadari ..

Pengantin Bidadari ....

by Vicky Robiyanto Dua on Thursday, January 13, 2011 at 5:52pm

Bismillahir-Rahmanir-Rahim....
Sebagai seorang pengantin, wanita lebih cantik dibanding seorang gadis ..
Sebagai seorang ibu, wanita lebih cantik dibanding seorang pengantin ..
Sebagai istri dan ibu, ia adalah kata-kata terindah di semua musim ...
dan dia tumbuh menjadi lebih cantik bertahun-tahun kemudian…
***

Syahdan, di Madinah, tinggallah seorang pemuda bernama Zulebid.

Dikenal sebagai pemuda yang baik di kalangan para sahabat. Juga dalam hal ibadahnya termasuk orang yang rajin dan taat.

Dari sudut ekonomi dan finansial, ia pun tergolong berkecukupan. Sebagai seorang yang telah dianggap mampu, ia hendak melaksanakan sunnah Rasul yaitu menikah.

Beberapa kali ia meminang gadis di kota itu, namun selalu ditolak oleh pihak orang tua ataupun sang gadis dengan berbagai alasan.

Akhirnya pada suatu pagi, ia menumpahkan kegalauan tersebut kepada sahabat yang dekat dengan Rasulullah.
“Coba engkau temui langsung Baginda Nabi, semoga engkau mendapatkan jalan keluar yang terbaik bagimu”, nasihat mereka.

Zulebid kemudian mengutarakan isi hatinya kepada Baginda Nabi. Sambil tersenyum beliau berkata:

“Maukah engkau saya nikahkan dengan putri si Fulan?”

“Seandainya itu adalah saran darimu, saya terima. Ya Rasulullah, putri si Fulan itu terkenal akan kecantikan dan kesholihannya, dan hingga kini ayahnya selalu menolak lamaran dari siapapun.

“Katakanlah aku yang mengutusmu”, sahut Baginda Nabi.

“Baiklah ya Rasul”, dan Zulebid segera bergegas bersiap dan pergi ke rumah si Fulan.

Sesampai di rumah Fulan, Zulebid disambut sendiri oleh Fulan

“Ada keperluan apakah hingga saudara datang ke rumah saya?” Tanya Fulan.

“Rasulullah saw yang mengutus saya ke sini, saya hendak meminang putrimu si A.” Jawab Zulebid sedikit gugup.

“Wahai anak muda, tunggulah sebentar, akan saya tanyakan dulu kepada putriku.”

Fulan menemui putrinya dan bertanya, “bagaimana pendapatmu wahai putriku?”

Jawab putrinya, “Ayah, jika memang ia datang karena diutus oleh Rasulullah saw, maka terimalah lamarannya, dan aku akan ikhlas menjadi istrinya.”

Akhirnya pagi itu juga, pernikahan diselenggarakan dengan sederhana. Zulebid kemudian memboyong istrinya ke rumahnya. Sambil memandangi wajah istrinya, ia berkata,” duhai Anda yang di wajahnya terlukiskan kecantikan bidadari, apakah ini yang engkau idamkan selama ini? Bahagiakah engkau dengan memilihku menjadi suamimu?”

Jawab istrinya, ” Engkau adalah lelaki pilihan rasul yang datang meminangku. Tentu Allah telah menakdirkan yang terbaik darimu untukku. Tak ada kebahagiaan selain menanti tibanya malam yang dinantikan para pengantin.”

Zulebid tersenyum. Dipandanginya wajah indah itu ketika kemudian terdengar pintu rumah diketuk. Segera ia bangkit dan membuka pintu. Seorang laki-laki mengabarkan bahwa ada panggilan untuk berkumpul di masjid, panggilan berjihad dalam perang.

Zulebid masuk kembali ke rumah dan menemui istrinya.

“Duhai istriku yang senyumannya menancap hingga ke relung batinku, demikian besar tumbuhnya cintaku kepadamu, namun panggilan Allah untuk berjihad melebihi semua kecintaanku itu. Aku mohon keridhoanmu sebelum keberangkatanku ke medan perang. Kiranya Allah mengetahui semua arah jalan hidup kita ini.”

Istrinya menyahut, “Pergilah suamiku, betapa besar pula bertumbuhnya kecintaanku kepadamu, namun hak Yang Maha Adil lebih besar kepemilikannya terhadapmu. Doa dan ridhoku menyertaimu”
***

Zulebid lalu bersiap dan bergabung bersama tentara muslim menuju ke medan perang. Gagah berani ia mengayunkan pedangnya, berkelebat dan berdesing hingga beberapa orang musuh pun tewas ditangannya. Ia bertarung merangsek terus maju sambil senantiasa mengumandangkan kalimat Tauhi…ketika sebuah anak panah dari arah depan tak sempat dihindarinya. Menancap tepat di dadanya. Zulebid terjatuh, berusaha menghindari anak panah lainnya yang berseliweran di udara. Ia merasa dadanya mulai sesak, nafasnya tak beraturan, pedangnya pun mulai terkulai terlepas dari tangannya. Sambil bersandar di antara tumpukan korban, ia merasa panggilan Allah sudah begitu dekat. Terbayang wajah kedua orangtuanya yang begitu dikasihinya. Teringat akan masa kecilnya bersama-sama saudaranya. Berlari-larian bersama teman sepermainannya. Berganti bayangan wajah Rasulullah yang begitu dihormati, dijunjung dan dikaguminya.

Hingga akhirnya bayangan rupawan istrinya. Istrinya yang baru dinikahinya pagi tadi. Senyum yang begitu manis menyertainya tatkala ia berpamitan. Wajah cantik itu demikian sejuk memandangnya sambil mendoakannya. Detik demi detik, syahadat pun terucapkan dari bibir Zulebid. Perlahan-lahan matanya mulai memejam, senyum menghiasinya…. Zulebid pergi menghadap Ilahi, gugur sebagai syuhada.
***

Senja datang
Angin mendesau, sepi…
Pasir-pasir beterbangan…
Berputar-putar…
Rasulullah dan para sahabat mengumpulkan syuhada yang gugur dalam perang. Di antara para mujahid tersebut terdapatlah tubuh Zulebid yang tengah bersandar di tumpukan mayat musuh. Akhirnya dikuburkanlah jenazah zulebid di suatu tempat. Berdampingan dengan para syuhada lain.
Tanpa dimandikan…
Tanpa dikafankan…
Tanah terakhir ditutupkan ke atas makam Zulebid.

Rasulullah terpekur di samping pusara tersebut.

Para sahabat terdiam membisu.
Sejenak kemudian terdengar suara Rasulullah seperti menahan isak tangis. Air mata berlinang di dari pelupuk mata beliau
Lalu beberapa waktu kemudian beliau seolah-olah menengadah ke atas sambil tersenyum. Wajah beliau berubah menjadi cerah.

Belum hilang keheranan shahabat, tiba-tiba Rasulullah menolehkan pandangannya ke samping seraya menutupkan tangan menghalangi arah pandangan mata beliau.

Akhirnya keadaan kembali seperti semula.
Para shahabat lalu bertanya-tanya, ada apa dengan Rasulullah.

“Wahai Rasulullah, mengapa di pusara Zulebid engkau menangis?”

Jawab Rasul, “Aku menangis karena mengingat Zulebid. Oo..Zulebid, pagi tadi engaku datang kepadaku minta restuku untuk menikah dan engkau pun menikah hari ini juga. Ini hari bahagia. Seharusnya saat ini Engkau sedang menantikan malam Zafaf, malam yang ditunggu oleh para pengantin.”

“Lalu mengapa kemudian Engkau menengadah dan tersenyum?” Tanya sahabat lagi.

” Aku menengadah karena kulihat beberapa bidadari turun dari langit dan udara menjadi wangi semerbak dan aku tersenyum karena mereka datang hendak menjemput Zulebid,” Jawab Rasulullah.

“Dan lalu mengapa kemudian Engkau memalingkan pandangannya dan menoleh ke samping?” Tanya mereka lagi.

“Aku mengalihkan pandangan menghindar karena sebelumnya kulihat, saking banyaknya bidadari yang menjemput Zulebid, beberapa diantaranya berebut memegangi tangan dan kaki Zulebid. Hingga dari salah satu gaun dari bidadari tersebut ada yang sedikit tersingkap betisnya….”
***

Di rumah, istri Zulebid menanti sang suami yang tak kunjung kembali. Ketika terdengar kabar suaminya telah menghadap sang ilahi Rabbi, Pencipta segala Maha Karya.

Malam menjelang…
Terlelap ia, sejenak berada dalam keadaan setengah mimpi dan dan nyata.

Lamat-lamat ia seperti melihat Zulebid datang dari kejauhan. Tersenyum, namun wajahnya menyiratkan kesedihan pula.
Terdengar Zulebid berkata, “Istriku, aku baik-baik saja. Aku menunggumu disini. Engkaulah bidadari sejatiku. Semua bidadari disini pabila aku menyebut namamu akan menggumamkan cemburu padamu…. “
Dan kan kubiarkan engkau yang tercantik di hatiku.

Istri Zulebid, terdiam.
Matanya basah…
Ada sesuatu yang menggenang disana..
Seperti tak lepas ia mengingat acara pernikahan tadi pagi..
Dan bayangan suaminya yang baru saja hadir..
Ia menggerakkan bibirnya..
“Suamiku, aku mencintaimu…
Dan dengan semua ketentuan Allah ini bagi kita..
Aku ikhlas….
***

Somewhere over the rainbow, way up high
There’s a land that I heard of once on a lullaby
Somewhere over the rainbow, skied are blue
And the dreams that you dare to dream
really do come true..

Dan,
Akan kemanakah kumbang terbang
Pada siapa rindu mendendam
Kekasih yang terkasih
Pencinta dan yang dicinta
Semua berurai air mata
Sedih, ataukah bahagia…..?

Semoga bermanfaat dan penuh Kebarokahan dari Allah.....

Marilah Setiap detak-detik jantung..,
selalu kita isi dengan..
Asma Teragung diseluruh jagad semesta raya ini...

Vicky
Zawiyah Sirul Barokah
Subhanallah wabihamdihi Subhanakallahumma wabihamdika AsyaduAllahilaha illa Anta Astagfiruka wa'atubu Ilaik ....

Wednesday, January 12, 2011

Kata-kata Hikmat Saidina Umar R.A

  •  Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut
  • Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yg menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya
    • Tidak ada ertinya Islam tanpa jemaah dan tidak ada ertinya jemaah tanpa pemimpin dan tidak ada ertinya pemimpin tanpa ketaatan
    • Aku tidak pedulikan atas keadaan susah atau senangku kerana aku tidak tahu manakah diantara keduanya yang lebih baik dariku
    • Kalau kita bermewah-mewah di dunia akan kurang ganjarannya di akhirat
    • Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu

    Maher Zain - Insha Allah | Insya Allah | ماهر زين - إن شاء الله

    Siapa Yang Menggunakan Perkataan "Salam" ?

    Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

    Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)
    <span><span>السلاما=keamanan.....</span></span>

    baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

    Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.
    Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

    Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”
    Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

    dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

    Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

    saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
    Jawab salam yang betul ialah ;

    “<span>WAALAI KUMUS SALAM</span>”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

    “<span>WAALAI KUM SALAM</span>”

    Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

    “<span>Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye</span>” contoh lerr…

    Dan bukannya : “<span>Kirim salam kat ZIZAH yer</span>”

    Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong<span> kirim salam maut</span> kat dia yer“.

    Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

    Selain itu,<span> janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” </span>dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

    Jika perkataan<span> “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” </span>yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.
    Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud<span> ‘BINATANG‘ </span>dalam Bahasa Ibrani.

    Ia singkatan daripada perkataan<span> ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’</span> yang bermaksud <span>‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.</span>

    Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

    Sekian, semoga ada manfaatnya.

    http://www.gempak.org/forum/sembang-artikel/37155-siapa-yang-menggunakan-perkataan-salam.html

    Ibu Penawar atau Racun..?

    by Abu Hanifah on Sunday, January 9, 2011 at 6:24pm

    Semua agama di dunia ini mengajar pengikutnya agar menghormati ibu sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka mendidik serta membesarkan anak-anak.

    Kemesraan antara anak dan ibu menjadi pemangkin kepada pembinaan akhlak dan pembangunan keluarga.

    Kebiadaban terhadap ibu bapa pula boleh menimbulkan kemarahan dan merenggangkan hubungan. Derhaka kepada ibu bapa adalah perbuatan yang sangat ditakuti mereka yang mempunyai asas agama kerana khuatir tidak dapat mencium syurga kerana Rasulullah S.a.w telah bersabda yang bermaksud:

    Syurga di telapak kaki ibu.

    Terdapat kisah sejarah yang menceritakan tentang seorang anak di zaman Rasul yang tidak mengendahkan panggilan ibunya sehingga mengalami kesukaran yang amat sangat ketika nazak.

    Jika dikaji dengan lebih teliti, ia sebagai satu iktibar tentang peri pentingnya hubungan mesra dan kesediaan untuk segera menyelesaikan masalah jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

    Penghormatan kepada ibu tidak pula bersifat mutlak, anak-anak masih boleh tidak mentaati ibu andainya perintah si ibu bertentangan dengan perintah Allah s.w.t. Hal ini dijelaskan Rasulullah s.a.w dalam hadith yang bermaksud:

    Tidak wajib ditaati perintah makhluk jika ia bertentangan dengan perintah Allah.

    Ada kalanya anak-anak tersepit di antara ibu dan pasangan hidupnya sehingga terkeluar daripada mulut suami:

    Isteri boleh dicari tetapi ibu tidak boleh ditukar ganti.

    Kekata seperti ini amat melukakan perasaan seorang isteri dan tidak wajar diucapkan walau dalam keadaan marah kerana hati yang luka sukar diubati.

    Ketegangan hubungan rumah tangga mempunyai banyak sebab – sama ada berpunca daripada ibu yang bersifat mengongkong, suami yang tidak bijak memainkan peranan atau si isteri yang kurang dapat menyesuaikan diri dengan keluarga barunya.

    Seorang ibu akan mendapat penghormatan apabila beliau menunjukkan sifat keibuan yang tulen, bersedia berkorban untuk kebahagiaan anak, memahami keadaan yang berubah dan membentuk identiti dalam keluarga barunya.

    Suami bukan sahaja perlu memberikan keyakinan kepada ibunya, malah beliau diharap dapat menerangkan dengan baik dan menyelesaikan apa jua masalah yang timbul.

    Ketaatan membuta tuli tanpa mempertimbangkan keperluan isteri hanya akan menyulitkan kehidupannya sendiri.

    Si isteri juga harus sedar apabila dia mendirikan rumah tangga, keluarga suami akan menjadi bahagian daripada hidupnya dan harus menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru.

    Kegagalan suami dan keengganan isteri untuk memberikan kerjasama akan menjadikan si isteri merasakan ibu mertua sebagai ‘madu’nya yang mengancam kestabilan rumah tangga.

    Kehidupan seperti ini hanya akan meletakkan rumah tangga di tepi jurang yang menunggu saat untuk runtuh dan berderai.

    Tidak ada sesiapa yang untung dalam keadaan tersebut, suami atau isteri harus menyedari matlamat atau wawasan mereka mendirikan rumah tangga, bersedia bertolak ansur dan berfikir dengan saksama agar kebahagiaan yang ingin dicapai mendapat restu orang tua dan kewujudan ibu bapa sebagai rahmat dan bukan punca rumah tangga yang gawat.

    Oleh : Ustaz Pasuni Maulan

    Jauhi Tabiat Suka Berhutang Untuk Kesejahteraan Hidup Di Dunia Dan Akhirat

    by Abu Basyer on Sunday, January 9, 2011 at 11:55pm

    Sahabat yang dirahmati Allah,
    Memberi hutang adalah amalan yang mulia jika tujuannya untuk meringankan bebanan orang yang dalam kesusahan dan kesempitan hidup.Bukan dengan tujuan mengambil kesempatan atau faedah daripada orang-orang yang berhutang.

    Jika dilihat kepada konsep kemasyarakatan, memberi hutang sangat digalakkan kerana orang yang memberi hutang akan mendapat ganjaran yang istimewa di sisi Allah Subhanahu Wataala.

    Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya:
    "Sesiapa yang menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan seorang Mukmin di antara kesusahan-kesusahannya di dunia, maka Allah akan menghilangkan atau melapangkan suatu kesusahan di antara kesusahan-kesusahannya pada hari kiamat. Sesiapa yang memberikan kemudahan atas orang yang dalam kesulitan, maka Allah akan memberinya kemudahan di dunia dan akhirat." (Hadis Riwayat Mustaim, Abu Dawud dan Tirmidzi).

    Hadis di atas jelas menunjukkan kelebihan orang yang melepaskan kesusahan orang lain termasuk memberi hutang. Berbeza halnya dengan orang yang berhutang. Hutang juga akan menyebabkan seseorang itu menanggung amanah yang mesti ditunaikan iaitu melunaskan hutang. Jika ketika hidupnya hutang tersebut belum dilunaskan, maka apabila dia meninggal dunia hutang tersebut hendaklah dibayar daripada harta pusaka yang ditinggalkannya sebelum dibahagi-bahagikannya kepada waris-warisnya. Demikianlah beratnya tuntutan Islam dalam kewajipan membayar hutang.

    Seorang muslim tidak lagi perlu berhutang kerana hidupnya  cukup sederhana, lebih-lebih Nabi sendiri tidak suka seorang muslim membiasakan berhutang. Sebab hutang dalam pandangan seorang muslim yang baik, adalah merupakan kesusahan di malam hari dan suatu penghinaan di siang hari. Justru itu Nabi selalu minta perlindungan kepada Allah dari berhutang. Doa Nabi itu sebagai berikut:

     "Ya Tuhanku! Aku berlindung diri kepadamu dari terlanda hutang dan dalam kekuasaan orang lain." (RiwayatAbu Daud)

    Dan ia bersabda pula:
    "Aku berlindung diri kepada Allah dari kekufuran dan hutang. Kemudian ada seorang laki-laki bertanya: Apakah engkau menyamakan kufur dengan hutang ya Rasulullah? Ia menjawab: Ya!" (Riwayat Nasa'i dan Hakim)

    Dan kebanyakan doa yang dibaca di dalam sembahyangnya ialah:
    "Ya Tuhanku! Aku berlindung diri kepadaMu dari berbuat dosa dan hutang. Kemudian ia ditanya: Mengapa Engkau banyak minta perlindungan dari hutang ya Rasulullah? Ia menjawab: Kerana  seseorang kalau berhutang, apabila berbicara berdusta dan apabila berjanji menyalahi." (Riwayat Bukhari)

    Dan sabdanya:
     "Akan diampuni orang yang mati syahid semua dosanya melainkan hutang." (Hadis Riwayat Muslim)

    Berdasar penjelasan ini, maka seorang muslim tidak boleh berhutang kecuali karena sangat perlu. Dan kalaupun dia terpaksa harus berhutang, samasekali tidak boleh melepaskan niat untuk membayar. Sebab dalam hadis Rasulullah s.a.w. disebutkan:

    "Barangsiapa hutang wang kepada orang lain dan berniat akan mengembalikannya, maka Allah akan luluskan niatnya itu; tetapi barangsiapa mengambilnya dengan niat akan membinasakan (tidak membayar), maka Allah akan merusakkan dia."
    (Hadis Riwayat Bukhari)

    Sahabat yang dimuliakan,
    Dari itu hutang perlu dijelaskan dengan segera. Jangan suka atau sengaja tidak menghiraukan hutang sehingga menyebabkan hutang tersebut tertangguh begitu lama sekali dengan berbagai-bagai alasan yang diberikan mengenainya sehingga kadang-kadang menyebabkan kesusahan kepada orang yang memberi hutang. Dalam keadaan-keadaan lain, hubungan kedua belah pihak menjadi tidak mesra, bahkan seperti bermusuhan. Kadang-kadang penangguhan itu bukan kerana tidak mampu membayar hutang, tetapi sengaja dilengah-lengahkan.

    Menurut Rasulullah sallallahu Alaihi Wasallam orang yang sengaja melambatkan atau melengah-lengahkan pembayaran hutang dalam keadaan dia boleh melunaskan hutangnya dengan segera adalah melakukan kezaliman.

    Demikian ditegaskan oleh Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sabdanya yang bermaksud : "Orang kaya yang sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang adalah suatu kezaliman." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

    Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan Al-Hakim, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya: "Sengaja melengah-lengahkan hutang oleh orang yang memiliki harta (untuk membayar hutang) itu boleh menghalalkan kehormatannya dan
    menghalalkan hukumannya."

    Daripada maksud hadis di atas, Ibnu Hajar Al-Haitsami berpendapat bahawa orang-orang yang sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang sedangkan dia berkeupayaan untuk melunaskannya menyebabkan kehormatannya boleh dicemari dengan menceritakan hal tersebut kepada orang lain. Walau bagaimanapun hal yang boleh diceritakan itu hanyalah mengenai buruk perangainya kerana melengah-lengahkan hutang itu sahaja.

    Adapun menceriatkan keburukannya yang lain adalah haram hukumnya kerana orang yang dizalimi itu hanya dibenarkan menceritakan kezaliman dalam perkara menangguhkan hutang sahaja. dalam perkara menghalalkan hukuman ke atasnya bererti dia boleh dihukum kerana perbuatan  sengaja melengah-lengahkan hutang. Hukuman itu sama ada dipenjara, dirotan atau seumpamanya. (Az-Zawajir hln 414).

    Menurut Ibnu Hajar lagi, sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang dalam keadaan berkemampuan itu adalah melakukan dosa besar.

    Risiko menanggung hutang itu, selain daripada memikul tanggungjawab membayarnya, ialah bahaya yang lebih besar yang akan menimpa kepada diri si penghutang jika hutang tidak dibayar. Antaranya disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah, sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya: "Roh seseorang Mukmin itu tergantung-gantung (yakni dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan."

    Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar Radiallahuanhu, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya : "Sesiapa mati, sedangkan dia msih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambilkan (ganti) daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham."
    (Hadis Riwayat Ibnu Majah).

    Di antara risikonya lagi, suatu perisitiwa pernah terjadi di mana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam enggan menyembahyangkan jenazah apabila baginda mengetahui orang yang meninggal itu masih mempunyai tanggungan hutang.

    Tindakan baginda itu jelas menunukkan tentang ketidaksukaan baginda terhadap orang-orang yang berhutang. Tindakan sedemikian memberi pengajaran kepada orang lain tentang akibat berhutang.

    Jika si pehutang benar-benar tidak berkeupayaan untuk membayar hutangnya dalam jangka atau tempoh yang dijanjikan atau dientukan, berterus-teranglah kepada pemiutang dan berundinglah bagaimana cara yang patut dan munasabah untuk membayar hutangnya.

    Dari itu kikislah sifat dan tabiat suka berhutang kecuali dalam perkara-perkara yang benar-benar perlu dan mendesak. Bebaskanlah diri daripada hutang-hutang agar hidup dalam keadaan riang gembira dan selesa di dunia dan di akhirat kelak.

    Untuk pemberi hutang pula jika orang yang berhutang dengannya tidak berkemampun untuk membayarnya maka berilah tempuh yang sewajarnya atau jika boleh halalkan saja itu lebih baik kerana ada hadis di riwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah s.w.t. akan menaunginya di bawah naungan Arasy, di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali naungan-Nya."
    (Hadis Riwayat Tirmizi).

    Sahabat yang dikasihi,
    Oleh itu marilah kita menjauhkan diri daripada berhutang walaupun hutang yang berjadual kerana risiko hutang ini amat berat jika tidak ditunaikan mengikut perjanjiannya. Gunakanlah sebanyak mungkin membeli secara tunai kerana murah, mudah dan tidak membebankan. Janganlah membebankan diri dengan membeli barang-barang yang  kurang bermanfaat  seperti perabut mahal dan peralatan rumah yang cangih-cangih dengan berhutang. Berpadalah dengan apa yang ada dan jadikanlah diri kita hamba Allah yang sentiasa bersyukur dan bersifat qana'ah.