Monday, January 23, 2012

40 ORANG TERKAYA DI MALAYSIA 2011

1. Robert Kuok RM 50.04 billion, 87 tahun, Kerry Group/ Kuok Group
2. Ananda Krishnan RM 45.78 billion, 73 tahun, Usaha Tegas
3. Teh Hong Piow RM 12.77 billion, 81 tahun, Public Bank
4. Lee Shin Cheng RM 12.74 billion, 72 tahun, IOI Group
5. Lim Kok Thay RM 10.89 billion, 59 tahun, Genting Group

6. Quek Leng Chan RM 10.75 billion, 70 tahun, Hong Leong Group
7. Syed Mokhtar AlBukhary RM 8.84 billion, 59 tahun, Yayasan AlBukhary
8. Lee Kim Hua RM 7.43 billion, 82 tahun, Genting Group
9. Tiong Hiew King RM 4.77 billion, 75 tahun, Rimbunan Hijau
10.Ong Bee Seng RM 3.98 billion, Hotel Properties Ltd
11.Azman Hashim RM 3.93 billion, 71 tahun, Amcorp
12.Vincent Tan RM 2.43 billion, 59 tahun, Berjaya Group
13.Lee Yeow Chor RM 1.998 billion, 45 tahun, IOI Group
14.Lee Yeow Seng RM 1.962 billion, 33 tahun, IOI Group
15.Lee Oi Hian RM 1.859 billion, 61 tahun, Batu Kawan
16.Lee Hau Hian RM 1.855 billion, 58 tahun, Batu Kawan
17.Yeoh Tiong Lay RM 1.811 billion, 81 tahun, YTL Group
18.Lau Cho Kun RM 1.775 billion, 75 tahun, Hap Seng Consolidated
19.Mokhzani Mahathir RM 1.665 billion, 49 tahun, Kencana Petroleum
20.Jeffrey Cheah Fook Ling RM 1.536 billion, 65 tahun, Sunway Group
21.Dr.Lim Wee Chai RM 1.244 billion, 53 tahun, Top Glove Corp
22.Francis Yeoh Sock Ping RM 1.229 billion, 57 tahun, YTL Group
23.Yeoh Seok Hong RM 1.129 billion, 52 tahun, YTL Group
24.Yeoh Seok Kian RM 1.098 billion, 54 tahun, YTL Group
25.Mark Yeoh Seok Kah RM 1.096 billion, 46 tahun, YTL Group
26.Michael Yeoh Sock Siong RM 1.092 billion, 51 tahun, YTL Group
27.Tony Fernandes RM 1.092 billion, 46 tahun, AirAsia
28.Kamarudin Meranun RM 0.856 billion, 49 tahun, AirAsia
29.Chong Chook Yew RM 0.813 billion, 88 tahun, Selangor Properties
30.Shahril Shamsuddin RM 0.804 billion, 50 tahun, Sapura Group
31.Shahriman Shamsuddin RM 0.791 billion, 42 tahun, Sapura Group
32.Liew Kee Sin RM 0.786 billion, 52 tahun, SP Setia
33.Yaw Teck Seng RM 0.699 billion, 73 tahun, Samling Group
34.Ong Leong Huat RM 0.621 billion, 67 tahun, OSK Holdings
35. Leong Hoy Kum RM 0.618 billion, 54 tahun, Mah Sing Group
36.Lee Swee Eng RM 0.570 billion, 56 tahun, KNM Group
37.Raja Eleena Raja Azlan Shah RM 0.568 billion, 50 tahun, Gamuda
38.Tan Heng Chew RM 0.557 billion, 65 tahun, Tan Chong Motors Holding
39.Stanley Thai Kim Sim RM 0.539 billion, 51 tahun, Supermax Corp
40.Tony Tiah Thee Kian RM 0.524 billion, 64 tahun, TA Enterprise
Sila klik “Share” di bahagian atas sekiranya minat dengan post ini.
Sekiranya anda tak sempat lihat, Ini pula kedudukan pada tahun lepas…

Senarai 40 orang terkaya di Malaysia 2010 menurut Forbes Asia:
1.(1) Robert Kuok AS$ 12 billion(9), pelbagai, 86, berkahwin, 8 orang anak.
2.(2) Ananda Krishnan AS$ 8.1 billion(7), telekom, 72, berkahwin, 3 orang anak.
3.(3) Lee Shin Cheng AS$ 4.6 billion(3.2), minyak sawit, 71, berkahwin, 6 orang anak.
4.(4) Lee Kim Hua AS$ 3.9 billion(2.5), perjudian, 81, janda, 6 orang anak.
5.(6) Quek Leng Chan AS$ 3.85 billion(2.3), pelbagai, 69, berkahwin, 3 orang anak.
6.(5) Teh Hong Piow AS$ 3.8 billion(2.4), bank, 80, berkahwin, 4 orang anak.
7.(7) Yeoh Tiong Lay AS$ 2.5 billion(1.8), pelbagai, 80, berkahwin, 7 orang anak.
8.(8) Syed Mokhtar AlBukhary AS$ 1.7 billion(1.1), pelbagai, 58, berkahwin, 5 orang anak.
9.(10) Vincent Tan AS$ 1.6 billion(0.75), pelbagai, 58, berkahwin, 11 orang anak.
10.(9) Tiong Hiew King AS$ 1.2 billion(1), perkayuan, 75, berkahwin, 4 orang anak.
11.(11) Azman Hashim AS$ 660 juta(470), kewangan, 70, berkahwin, 5 orang anak.
12.(17) Lee Oi Hian dan Lee Hau Hian AS$ 560 juta(210), pelbagai, 59/56, berkahwin, 4/1 orang anak.
13.(33) Yaw Teck Seng dan Yaw Chee MingAS$ 480 juta(113), perhutanan, 72/50, berkahwin, 8 orang anak.
14.(-) Lim Wee Chai, AS$ 470 juta, sarung tangan getah, 52, berkahwin, 2 orang anak.
15.(12) William H.J. Cheng AS$ 430 juta(390), peruncitan, 67, berkahwin, 3 orang anak.
16.(34) Goh Peng Ooi AS$ 425 juta(112), perisian, 55, berkahwin, 2 orang anak.
17.(14) Lim Kok Thay AS$ 360 juta(225), perjudian, 58, berkahwin, 3 orang anak.
18.(23) Jeffrey Cheah AS$ 350 juta(185), hartanah, 65, berkahwin, 3 orang anak.
19.(15) Anthony Fernandes AS$ 330 juta(220), penerbangan, 46, berkahwin, 2 orang anak.
20.(13) G. Gnanalingam AS$ 320 juta(260), pelabuhan, 65, berkahwin, 3 orang anak.
21.(19) Kamarudin Meranun AS$ 300 juta(205), penerbangan, 49, berkahwin, 5 orang anak.
22.(18) Chan Fong Ann AS$ 290 juta(209), minyak sawit, 79, berkahwin.
23.(-) Shahril dan Shahriman Shamsuddin AS$ 270 juta, minyak & gas, 47/41.
24.(-) A.K. Nathan AS$ 250 juta, pembinaan, 54, berkahwin, 2 orang anak.
25.(20) Chong Chook Yew AS$ 230 juta(200), pendidikan, 88, janda, 4 orang anak.
26.(16) Mokhzani Mahathir AS$ 215 juta(215), gas, 49, berkahwin, 5 orang anak.
27.(25) Ahmayuddin Ahmad AS$ 210 juta(175), pelabuhan, 53, berkahwin, 4 orang anak.
28.(27) Lau Cho Kun AS$ 200 juta(165), pelbagai, 74, berkahwin.
29.(21) Chen Lip Keong AS$ 180 juta(195), perjudian, 62, berkahwin.
30.(22) Lee Swee Eng AS$ 155 juta(190), perkhidmatan minyak, 54, berkahwin.
31.(29) Liew Kee Sin AS$ 150 juta(140), hartanah, 51, berkahwin, 4 orang anak.
32.(-) Nazir Razak AS$ 145 juta, bank, 43, berkahwin, 2 orang anak.
33.(35) Eleena Azlan Shah AS$ 141 juta(110), infrastruktur, 50, berkahwin, 2 orang anak.
34.(-) Ong Leong Huat, AS$ 140 juta, pelbagai, 66, berkahwin, 5 orang anak.
35.(31) Rozali Ismail AS$ 136 juta(130), infrastruktur, 52, berkahwin, 6 orang anak.
36.(40) Kua Sian Kooi AS$ 135 juta(90), insuran, 57, berkahwin, 4 orang anak.
37.(32) Lin Yun Ling AS$ 130 juta(115), infrastruktur, 55, berkahwin, 2 orang anak.
38.(36) David Law Tien Seng AS$ 125 juta(105), perlombongan.
39.(-) Abdul Hamed Sepawi, AS$ 120 juta, perkayuan, 61, berkahwin, 2 orang anak.
40.(37) Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir AS$ 110 juta(100), bank, 62, berkahwin, 3 orang anak.

Wednesday, July 27, 2011

Jika Rasulullah itu masih ada

Ini hanyalah satu muhasabah bukan realiti dan harap ia tidak menjadi kontroversi.
Bayangkan apabila Rasulullah dengan izin Allah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita.
Ketika itu Baginda datang dengan tersenyum dan muka yang berseri-seri di hadapan pintu rumah kita. Apa yang akan kita lakukan? Mesti kita menjadi sangat terkejut, memeluknya erat-erat lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu. Kemudian kita tentunya akan meminta agar Rasulullah sudi menginap beberapa hari di rumah kita. Tapi barangkali kita meminta Rasulullah menunggu sebentar di depan pintu kerana teringat VCD 18+ atau lukisan wanita separuh bogel yang melekat di ruang tamu kita sehingga kita terpaksa memindahkan semuanya ke belakang dengan tergesa-gesa kemudian menggantikan khat nama Allah dan Muhammad yang tersimpan dalam almari dan kita meletakkannya di ruang tamu.
Apa agaknya Rasulullah katakan jika baginda tahu semua itu? Bagaimana pula jika Rasulullah bersedia menginap di rumah kita? Barangkali kita menjadi malu kerana tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah s.a.w, keluarga dan sahabatnya. Kita terpaksa menukar ruang tamu menjadi ruangan solat, malah segera mencari pakaian solat, kopiah, serban dan al-Quran. Manakala bagi anak isteri, kita terus belikan pakaian menutup aurat demi menutup malu selama ini kita berpakaian tidak menutup aurat .
Apa agaknya rasa Nabi dengan perlakuan dan lakonan kita itu? Belum lagi koleksi buku-buku, kaset dan karaoke kita. Ke mana kita harus menyingkirkan semua koleksi itu demi menghormati junjungan kita? Sudah tentu kita menjadi malu kerana kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berkumandang. Kita juga pasti malu kerana pada waktu Maghrib keluarga kita masih sibuk di depan televisyen. Kita hanya menghabiskan hampir seluruh waktu untuk mencari kesenangan duniawi. Sudah tentu juga kita berasa malu kerana keluarga kita tidak pernah menunaikan solat sunat, sangat jarang membaca al-Quran dan tidak mengenal jiran tetangga kita.
Sudah tentu kita malu jika Rasulullah menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari lewat di depan rumah kita.
Justeru, bayangkan apabila Rasulullah tiba-tiba muncul di depan rumah kita. Apa yang akan kita lakukan? Masihkah kita memeluk junjungan Nabi kita itu dan mempersilakan baginda masuk dan menginap di rumah kita? Atau akhirnya dengan berat hati, kita menolak kunjungan baginda kerana hal itu akan sangat membuat kita segan dan malu. Maafkan kami ya Rasulullah. Oh betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah. Itu belum lagi kalau hendak kira cara kita mencari duit, membina keluarga, cara kita berpolitik, berniaga dan segala perlakuan kita yang bertentangan dengan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Layakkah kita bergelar umat Muhammad, dan layakkah kita mendapat syafaat Nabi di hari akhirat nanti?

Monday, January 17, 2011

Kewajipan Lelaki Melindungi Wanita

oleh in a relationship with pada pada 16hb Januari 2011 pukul 11.29 ptg
Lelaki disyaratkan melindungi wanita, hindari kekerasan. Dalam institusi perkahwinan, lelaki ialah ketua keluarga sesuai dengan fitrah kejadiannya yang lebih gagah dan beberapa kelebihan lain berbanding wanita. Tanggungjawab lelaki sebagai ketua (pemimpin) kepada perempuan ditegaskan oleh Allah melalui firman-Nya bermaksud:
"Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki selepas menafkahkan sebahagian daripada harta mereka." (Surah an-Nisa, ayat 34)
Islam mensyaratkan lelaki sentiasa menjadi pelindung dan berbuat baik terhadap wanita. Sebagai pemimpin, lelaki dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan, kebajikan dan menyediakan keperluan hidup untuk isteri dan anak mereka. Islam melarang sama sekali kekerasan dalam rumah tangga. Rasulullah memberi ingatan dengan sabda bermaksud:
"Mengapa ada lelaki di kalangan kamu yang suka memukul isterinya seperti memukul seorang hamba, padahal dia akan menyetubuhi isterinya itu pada hari lain." (Hadis riwayat Ahmad).
Isteri mempunyai hak untuk mendapat layanan sebaik-baiknya. Pada suatu ketika, ramai isteri datang menemui isteri Rasulullah mengadu mengenai layanan buruk yang diterima daripada suami mereka. Apabila Rasulullah mengetahuinya, baginda pun bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya ramai wanita datang menemui isteriku mengadu mengenai suami mereka. Sesungguhnya suami kepada wanita itu bukanlah orang yang terbaik daripada kalangan kamu." (Hadis riwayat Abu Daud).
Rasulullah memberi contoh bagaimana menjadi seorang suami yang baik. Rasulullah sering menolong isterinya melakukan kerja di rumah yang baginda dapat melakukan sendiri seperti menjahit baju yang koyak, memasak, membersihkan laman dan kerja lain. Sifat ringan tangan suami membantu isteri melakukan kerja rumah bukan semata-mata meringankan tugas isteri, tetapi menimbulkan rasa hormat isteri. Isteri berasakan dirinya lebih disayangi dan dihormati.
Amalan melakukan kerja rumah secara bersama dapat membentuk kerjasama, persefahaman, keceriaan dan menghargai apa yang dilakukan bersama-sama. Suami yang sama-sama membersihkan rumah tentu tidak akan melakukan perbuatan yang menyebabkan keadaan menjadi kotor. Bagaimanapun, ramai suami yang secara sengaja mengotorkan kawasan rumah dengan habuk dan puntung rokok yang dibuang merata-rata dan kemudian menyuruh si isteri pula membersihkannya.
Melakukan kebaikan kepada isteri adalah sebahagian tanda muslim sejati. Suami yang baik sedar bahawa dirinya menanggung amanah besar dalam soal menjaga kepentingan isteri. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Orang yang baik antara kamu adalah orang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri dari kalangan kamu." (Hadis riwayat at-Tirmizi).
Sikap baik sebenarnya bukan terhad kepada isteri. Semua orang berhak dilayan dengan baik, terutama ahli keluarga dan sesiapa yang diamanahkan kepada kita menjaganya. Orang gaji dan sesiapa yang tinggal bersama kita perlu dilayan dengan sebaik-baiknya. Sikap baik Rasulullah terhadap isteri diakui oleh isteri baginda, Siti Aisyah. Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Aisyah pernah berkata:
"Rasulullah tidak pernah sekalipun memukul isteri dan pembantunya."
Menjaga dan berbuat baik terhadap isteri juga dilakukan dengan cara menyediakan apa yang suami mampu untuk dirinya, maka itulah juga seharusnya untuk isteri. Adalah menjadi hak isteri mendapat pemberian yang mampu disediakan oleh suaminya. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
"Tanggungjawab suami terhadap isterinya adalah apabila kamu makan, hendaklah kamu beri makanan untuk isterimu. Apabila kamu memakai pakaian, kamu berikan pakaian untuk isterimu. Jangan kamu pukul isterimu pada bahagian muka. Jangan kamu keluarkan perkataan yang jahat di hadapannya iaitu perkataan yang menyakiti hati dan dibenci. Jangan kamu tinggalkan isterimu seorang diri kecuali dalam rumah." (Hadis riwayat Abu Daud)
Islam menggesa si suami agar berurusan dan bermuamalah bersama isteri dengan adab yang baik, memandangkan pertimbangan akal kaum wanita dianggap kurang berbanding kaum lelaki. Allah befirman di dalam al-quran:
"Gauli mereka dengan adab yang baik." (An-Nisa': ayat 19)
Ini merangkumi tutur kata yang lunak, bersikap adil bersama isteri sekiranya si suami berpoligami, memberi nafkah, bermesyuarat dengan isteri dalam urusan rumahtangga, menutup kelemahan isteri dan lain-lain lagi. Mengelak daripada mengatakan perkara buruk terhadap isteri adalah sebahagian sikap baik yang perlu diamalkan oleh suami. Ada suami yang sering dan gemar mengeluarkan perkataan tidak enak terhadap isteri disebabkan sesuatu perkara tidak disenangi. Perkataan buruk yang dikeluarkan terhadap isteri juga satu penderaan iaitu penderaan mental. Isteri yang selalu diherdik, dihina dan dimarahi akan menghadapi tekanan perasaan dan mudah timbul perasaan takut untuk berdamping dengan suami. Sesiapa yang suka mengamalkan sikap bengis dan suka menakut-nakutkan isteri dengan perkataan kasar akan terlepas daripada rahmat Allah dan menanggung kerugian di dunia dan akhirat.
Sesungguhnya Rasulullah sallallahu'alaihi wa sallam adalah teladan yang paling baik. Meskipun baginda membolehkan memukul isteri setelah nasihat dan memulaukannya di tempat tidur tidak berkesan, namun baginda tidak pernah memukul isterinya. Islam mengharuskan suami memukul isteri dengan pukulan ringan yang tidak menyakitkan walaupun ke atas bayi, sekadar amaran agar si isteri tidak mengulangi kesilapannya. Islam telah menetapkan garis panduan yang cermat berkaitan keharusan memukul, agar tidak mendatangkan mudharat lain yang tidak diundang, seperti menegah memukul bahagian muka serta jangan memukul dengan pukulan yang mencederakan. Pukulan ini juga dibenarkan setelah isteri dipisahkan tempat tidur dan masih belum bersedia untuk mengubah tabiat buruknya.
Rasulullah sentiasa menjaga perasaan para isteri baginda dan pandai menambat hati mereka dengan bergurau senda dan bermesra. Rasulullah menggesa para suami agar bijak menyesuaikan diri,ketika berada di samping isteri. Rasulullah bersifat keanak-anakan ketika berada di samping isteri baginda, meskipun baginda seorang pahlawan yang handal di medan jihad.
Sememangnya wanita suka dimanjai dan dibelai. Rasulullah mengkehendaki para suami agar pandai meletakkan taraf dirinya sedarjat dengan isteri, untuk mengelakkan rasa canggung dan janggal ketika bersama isteri. Pernah diriwayatkan dalam sunan Abu Daud dan Al-Nasa'ie, Rasulullah berlumba lari dengan isteri baginda Saidatina Aisyah. Meskipun Rasulullah pesuruh Allah yang sibuk dengan urusan menyebarkan dakwah dan berjuang di medan jihad, namun baginda masih ada kelapangan untuk bermesra bersama isteri baginda dan ini bukanlah suatu yang menyalahi etika. Rasulullah bersabda di dalam riwayat Tarmizi dan Muslim:
"Mukmin yang paling sempurna ialah yang paling baik akhlaknya dan paling berlemah lembut bersama isterinya."
Islam menggambarkan mukmin yang paling sempurna ialah mereka bijaksana melayani isteri dan berbudi pekerti mulia. Satu contoh petunjuk Rasul yang menggambarkan baginda beradab sopan bersama isteri baginda ialah hadis yang diriwayat oleh Ibn Abi Dunya, Saidatina Aisyah memberitahu bahawa:
"Segala urusan dan perlakuan Baginda amat menakjubkan, sehingga ketika baginda bersama isterinya pada suatu malam dan telah bersentuhan kulit, baginda meminta izin dari isterinya Aisyah untuk beribadat menemui Tuhannya."
Demikianlah adab Rasul bersama isteri baginda, meminta izin untuk meninggalkannya meskipun untuk bertemu Tuhan.
http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/1493-kewajipan-lelaki-melindungi-wanita.html

Friday, January 14, 2011

NAPOLEON BONAPARTE - JENERAL TENTERA PERANCIS YANG MEMELUK ISLAM

NAPOLEON BONAPARTE - JENERAL TENTERA PERANCIS YANG MEMELUK ISLAM

by Classic Berbisik on Saturday, January 15, 2011 at 11:42am
“AGAMA-agama itu selalu didasarkan pada hal-hal yang ajaib,
seperti halnya Trinitas (Thriniti) yang sulit difahami.
Yesus (Jesus) didakwa dirinya sebagai Anak Tuhan,
padahal baginda berasal daripada keturunan Daud.

Maka saya lebih meyakini agama yang dibawa oleh Muhammad (Rasulullah) .
Islam terhindar jauh daripada kelucuan-kelucuan ritual seperti yang terdapat di dalam agama kita (Kristian).

Bangsa Turki juga menyebut kita sebagai orang penyembah berhala dan dewa.

“Dengan penuh kepastian saya harus memperjelaskan kepada anda dalam setiap ucapan saya bahawa saya adalah seorang muslim dan saya memuliakan Nabi Muhammad serta mencintai orang-orang Islam.”

Mungkin anda tertanya-tanya, siapakah yang begitu berani menuturkan kata-kata di atas?
Atau mungkin anda lebih tidak percaya kerana yang berkata demikian ialah Napoleon Bonaparte!

Tokoh itu begitu terkenal dalam sejarah sehingga namanya berada dalam urutan ke-34 daripada Seratus Tokoh Yang Paling Berpengaruh Di Dunia (Buku tulisan Micheal H. Hart yang meletakkan Rasulullah s.a.w menduduki tempat teratas dalam senarai itu).

Sebagai Kaisar atau Raja Perancis,
Napoleon mengukir sejarah yang begitu hebat sebagai jeneral tentera yang berjaya menundukkan dan menawan banyak negara Eropah sehingga ke Asia Barat,
termasuk Mesir dan Palestin.

Istilahnya beliau menyapu bersih,
sehingga menjadikan Napoleon sangat berkuasa dan berdaulat penuh terhadap negara Perancis.
Malah sesetengah pihak menganggap dalam bidang ketenteraan dan strategik Napoleon ialah jeneral yang paling genius.

Napoleon dilahirkan di Ajaccio (Aiacciu) atau disebut Ajax dalam bahasa Latin di Pulau Corsica yang terletak di bahagian tenggara Perancis pada 15 Ogos 1769 sebagai Napoleone Buonaparte.
Pulau Corsica yang berada di bawah jajahan Perancis merupakan pulau keempat terbesar selepas Pulau Sicily,
Sardinia dan Cyprus di Laut Mediterranean.

Kariernya sebagai anggota tentera yang paling digeruni bermula apabila beliau menyertai Tentera Revolusi Perancis pada lewat 1790-an.
Sehingga tahun 1799, Napoleon memerangi hampir seluruh Eropah sehingga beliau kembali ke Perancis sebagai raja selepas kempennya selesai di Mesir.

Pada 1800, Napoleon kembali semula ke medan perang dengan mengalahkan Austria.
Pada 1802, Napoleon memperkenalkan sistem Perundangan Perancis yang baru yang dikenali sebagai Napoleonic Code.

Pada 1804 beliau ditabalkan sebagai Maharaja Perancis di Gereja Notre Dame Cathedral.
Sehingga 1807, keluasan empayarnya bermula dari Sungai Elbe di bahagian utara Perancis menganjur sehingga ke Itali di bahagian selatannya atau dari Pyrenees sehinggalah perairan Dalmatian.

Kejatuhan

Tetapi selepas 1812,
Napoleon mula mengalami kejatuhan apabila beliau menerima kekalahan pertama ketika cuba menakluk Rusia.
Beliau juga terpaksa melepaskan Spain (Sepanyol) kepada Duke Of Wellington daripada tentera British dalam Peninsular War.
Beliau mengalami kekalahan yang teruk pada 1814.

Napoleon terpaksa melarikan diri ke Pulau Elba dan kembali semula ke Perancis pada 1815 untuk mengumpulkan kembali kekuatan tentera yang dikenali Grand Army.
Tetapi beliau terpaksa mengaku kelemahan apabila mengalami kekalahan teruk dalam Perang Waterloo di tangan tentera Wellington.

Sebagai hukuman,
Napoleon dinafikan haknya untuk menetap di Perancis.
Malah beliau dibuang negeri ke Pulau Saint Helena yang terletak di bahagian timur Afrika.
Enam tahun kemudian,
iaitu pada 1821 beliau meninggal dunia di pulau itu dipercayai akibat kanser perut.

Sehinggalah pada 1840, barulah mayatnya di bawa pulang semula ke Paris.
Tetapi dalam satu ujian didapati rambut Napoleon mengandungi kandungan racun arsenik yang tinggi.

Ini menjadi teori kepada punca kematian beliau yang sebenar.
Beliau dipercayai diracun oleh Count of Montholon bagi pihak British yang tidak mahu melihat Napoleon kembali berkuasa.

Namun persoalan besarnya benarkah pemimpin tentera yang digambarkan sebagai seorang yang kejam dan rakus ini benar-benar memeluk Islam?
Jika benar,
adakah kerana ada muslihat di sebalik itu bagi membolehkan apa yang beliau hajati tercapai?

Pengislaman Napoleon didedahkan oleh penulis David M. Pidcock dalam sebuah bukunya yang memetik kembali keratan sebuah akhbar rasmi Perancis, Le Moniteur, yang menyebut mengenai pengislaman Napoleon pada 2 Julai 1798.
Ia berlaku hampir 23 tahun sebelum beliau meninggal dunia pada 1821.

Apabila tokoh ini memeluk Islam, beliau dikenali sebagai ‘Aly (Ali) Napoleon Bonaparte’.

Peristiwa ini dipercayai berlaku ketika Napoleon berada di Mesir.
Napoleon tertarik kepada Islam ketika dijemput menghadiri suatu majlis memperingati ulang tahun kelahiran baginda Rasulullah s.a.w yang dihadiri oleh begitu ramai umat Islam.

Majlis itu menyedarkan Napoleon kepada kata-kata Voltaire yang mempercayai bahawa manusia memerlukan agama dalam hidup mereka.
Manusia tidak boleh hidup tanpa agama atau tanpa mempercayai tuhan.
Pengalaman di Mesir itu dikatakan memberikan satu perjalanan rohani kepada Napoleon.

Tetapi apakah yang membuatkan tokoh perang ini dapat menerima Islam?

Napoleon berkata, Rasulullah s.a.w. berjaya memandu kehidupan kaum Arab yang jahil kepada jalan yang benar.
Mengajar kepada mereka mengenai keesaan Allah.
Allah yang satu.
Tuhan yang tidak mempunyai bapa,
tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai pendamping.
“Sedangkan menyembah pelbagai jenis tuhan merupakan satu budaya yang sangat kabur tetapi tidak lebih satu aspek pemujaan kepada berhala yang merupakan hanyalah patung-patung yang kosong,” katanya.

Napoleon juga sangat mengagumi kitab suci al-Quran setelah beliau membandingkan isi kandungannya dengan Alkitab.

“Saya menemukan kebenaran-kebenaran yang unggul di dalam al-Quran yang selama dikelirukan oleh kitab-kitab terdahulu yang manusia itu campur tangan di dalamnya melalui kata-kata mereka sendiri, bukannya kata-kata Tuhan,” katanya.

Malah yang lebih menarik adalah ucapan Napoleon ketika beliau mula-mula sampai di Palestin pada tahun 1799 sebelum bertempur dengan tentera Othmaniah.

Sambil mengenakan serban di kepalanya,
Napoleon mengaku mengenai pengislamannya dan berkata:
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Saya Bonaparte, Amir (Pemimpin) dari tentera Perancis.
Kepada semua pemimpin tempatan, para mufti dan penduduk Gaza, Ramla dan Jaffa,
semoga Allah melindungi kita semua,” katanya.

Pengislaman Napoleon mungkin dapat diketahui lebih lanjut melalui sebuah lagi buku,
iaitu Napoleon and Islam atau Bonapart et Islam oleh C. Cherfils. ISBN: 967-61-0898- 7

Dalam buku itu, Napoleon dipetik sebagai berkata:
“Dalam masa terdekat ini, jika berpeluang,
saya ingin menyatukan semua umat manusia melalui budaya yang baik (Islam) dan kerajaan yang memimpin rakyatnya melalui prinsip yang tertulis dalam al-Quran al Karim.”

Undang-undang
Menyebut mengenai undang-undang,
Napoleon sendiri mengakui akan keagungan undang-undang Islam iaitu syariah.

Lalu beliau mengguna pakai undang-undang itu semasa memerintah Perancis dan dipercayai hingga sekarang pengaruh dan elemen undang-undang syariah masih diguna pakai di negara itu.

Contoh yang paling ketara adalah apabila berlaku tragedi kemalangan jalan raya yang meragut nyawa Puteri Diana dan teman lelakinya,
Dodi Al Fayed pada 1997.

Mengikut undang-undang lama Perancis,
jurugambar yang sempat mengambil detik-detik berlakunya kemalangan dan kematian Puteri Diana itu dijatuhkan hukuman.
Mereka disabit kesalahan kerana tidak membantu mangsa dan lebih mengutamakan untuk mengambil gambar.
Bentuk undang-undang dan hukuman ini jelas diambil daripada perundangan syariah Imam Malik.

Bagaimanapun, pensyarah di Jabatan Sejarah dan Tamadun Manusia,
Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Zuraini Nordin berkata,
terdapat pelbagai pendapat mengenai status agama dan pengislaman Napoleon.
Beliau berkata, pada asalnya panglima dan maharaja Perancis itu seorang yang berpegang kepada ajaran Deism iaitu tidak percaya kepada ajaran-ajaran Kristian seperti Original Sins (Dosa Warisan), mukjizat dan sebagainya.

“Dia mengkritik ajaran Kristian itu sebagai hanya mementingkan aspek spiritual individu berbanding dengan Islam yang dia sendiri iktiraf sebagai agama yang rasional dan mementingkan ilmu - sains,” katanya.

Maka tidak hairan jika Napoleon sangat-sangat menghargai agama Islam,
menghormati orang Islam dan mengagumi keperibadian Nabi Muhammad itu sendiri.

“Ini kerana beliau percaya Rasulullah bukan sahaja seorang pemimpin agung tetapi juga seorang ‘penjajah’ yang ulung,

“Jadi ia sangat sesuai dengan jiwanya sebagai seorang maharaja dan penjajah Perancis yang sangat bercita-cita tinggi,” katanya.

Kata Zuraini, Napoleon ialah seorang yang banyak membaca mengenai Islam,
al-Quran dan hadis Nabi dan beliau memupuk hubungan baik dengan para mufti dan ulama-ulama Al-Azhar semasa ekspedisinya di Mesir.

“Napoleon mengiktiraf Islam sebagai satu sistem kepercayaan yang unggul dan beliau banyak mengadaptasikan undang-undang syariah ke dalam kod sivilnya yang dikenali sebagai Code Napoleon.

“Dengan kod atau undang-undang itu Napoleon rasakan beliau dapat memberi manfaat kepada empayarnya dan rakyat Perancis.

“Sebagai seorang raja, tidak dinafikan Napoleon seorang yang agak berjiwa rakyat dan semasa pemerintahannya banyak reformasi dilakukan untuk kepentingan rakyatnya,” katanya.

Namun, menurut Zuraini, ada juga pihak yang menaruh rasa sangsi dan mempertikaikan mengenai pengislaman Napoleon itu.

“Walaupun ada direkodkan mengenai pengislaman Napoleon,
dipercayai tokoh ini hanya menaruh minat terhadap Islam.

“Malah beliau mempergunakannya demi kepentingan diri dan meluaskan empayar,” katanya.

Dakwaan ini tidak menghairankan kerana pengislaman seseorang di Eropah sering kali tidak disenangi oleh sesetengah pihak yang ada kepentingan masing-masing.

Pertikaian ini sebenarnya membuka lembaran kepada kajian yang lebih mendalam bagi menentukan status agama anutan Napoleon.
Kepada Barat, mungkin terlalu sukar untuk mereka menerima hakikat ada tokoh sehebat Napoleon yang menerima kebenaran Islam.
Sedikit sebanyak ia memberikan tamparan kepada pelbagai sikap negatif mereka terhadap Islam selama ini.

``````` http://www.haticlassic.blogspot.com/

SAHABAT YANG BAIK ADALAH ... ? ...

SAHABAT YANG BAIK ADALAH ... ? ...

by Vicky Robiyanto Dua on Wednesday, January 12, 2011 at 3:02pm

 Bismillahir-Rahmanir-Rahim....

 1. Memulakan dan memberi salam apabila bertemu.

Motivasi: Memberi salam terlebih dahulu tanda merendah diri seseorang kepada Allah. Allah sangat cinta pada hamba yang tawaduk.

2. Memanggil nama sahabat dengan nama yang disukainya sama ada di depan atau di belakangnya.

Motivasi: Kita juga suka orang menyebut nama yang kita senangi sama ada di depan maupun di belakang kita. Jadi lakukan perkara yang sama pada kawan kita.

3. Memperhatikan sahabat ketika sahabat berbicara serta hindari memotong pembicaraan.

Motivasi: Allah suka kepada seseorang yang fokus dan mengambil berat terhadap orang lain.

4. Menyampaikan pujian orang terhadap sahabat. Jika kita sembunyikan berarti kita sebenarnya menyimpan rasa dendam dan iri hati.

Motivasi: Allah suka kepada seseorang yang ikhlas dalam persahabatan. Menyampaikan pujian di sini bertujuan menggalakkan sahabat kita konsisten menunaikan perkara yang baik. Bukan bertujuan membodek.

5. Tidak menceritakan fitnah dan celaan orang terhadap sahabat. Ini untuk menghindari rasa kurang senang dan tercetusnya krisis.

Motivasi: Allah suka seseorang yang menyembunyikan perkara yang menggusarkan hati sahabatnya.

6. Memberi pertolongan kepada sahabat yang memerlukannya tanpa menunggu dia memintanya. Kalau dia memohon bantuan, wajib kita bantu seberapa mampu.

Motivasi: Allah menolong seseorang yang dia menolong sesama insan dalam kebaikan.

7. Mengutamakan keperluan dan kepentingan sahabat dari kepentingan diri.

Motivasi: Allah mengasihi seseorang yang mampu mendahulukan keperluan orang lain mengatasi dirinya sendiri. Allah sebaik-baik pemberi rezeki. Apa yang kita berikan akan diganti dengan yang lebih baik.

8. Berfikirkan positif terhadap sikap sahabat. Hindari prejudis pada mereka.

Motivasi: Secara tidak disedari, orang yang suka bersangka buruk pada orang lain telah menghukum di atas perkara yang tidak diketahui dengan jelas. Allah membantu seseorang yang suka bersangka baik dengan orang lain.

9. Memberi nasihat terhadap kesalahan dan kelalaiannya. Jika melihat kawan kita mulai lalai atau melakukan kesalahan, tegur dan beri nasihat secara rahsia.

Motivasi: Umpama kita tersalah jalan mahu menuju ke suatu tempat. Kemudian rakan kita menegur kita. Pastinya kita suka dan berterima kasih kepadanya. Kita juga suka kalau kesalahan kita tidak diperbesarkan dan ditegur tanpa diketahui orang lain. Ia menunjukkan maruah kita dihargai.

10. Sentiasa memaafkan kesalahan sahabat kita. Bila melihat dia lakukan kesalahan, kita biarkan bagaikan pepatah : memulangkan paku buah keras.

Motivasi: ‘Memulangkan paku buah keras’ bererti kita mendendaminya. Apakah kita ikhlas bersahabat dengannya selama ini? sedangb Allah bersama orang yang ikhlas.

11. Sekiranya dia minta maaf, terima saja apa alasan yang diberikan, tidak perlu menilai kesalahannya.......

Motivasi: Serahkan sahaja perkara yang tidak diketahui kepada Allah. Lagi pula, Allah tidak akan bertanya pada kita apakah kawan kita berbohong atau tidak. Yang pasti, Allah akan tanya kita apakah kita telah memaafkan sahabat yang telah meminta maaf.

12 Tidak mengulang kembali kesalahan atau keburukannya yang pernah dilakukan pada kita.

Motivasi: Apakah kita suka kalau sahabat kita mengungkit kesalahan kita yang lalu sedangkan kita sudah menginsafinya.

13. Hondari berdebat hgg bertengkar kepada perkara yg remeh temeh. Apatah lagi mengeluarkan kata-kata kesat.

Motivasi: Perkelahian pertama di dunia ialah antara dua anak Adam iaitu Qabil dan Habil. Ia dicetuskan oleh Iblis yang memusuhi manusia hingga kiamat. Justeru ingatlah, apabila kita berbalah tanpa didasari kebenaran, sebenarnya kita menurut jejak-jejak Iblis.

14. Menyembunyikan segala rahsia sahabat dan tidak menceritakan kepada orang lain walau kepada pasangan (suami/isteri) kita sendiri.

Motivasi: Allah menyembunyikan rahsia kita selagi kita menjaga rahsia sesama kita.

15. Tidak mendesak atau memaksanya sehingga dia rasa terbeban dengan permintaan kita itu.

Motivasi: Apakah kita suka didesak atau dipaksa melakukan atau menunaikan sesuatu?

16. Menjiwai apa yang dirasakannya baik keadan senang atau susah. Gembira terhadap peristiwa yang menggembirakannya dan bersedih terhadap peristiwa yang menyedihkannya.

Motivasi: Apakah yang kita rasa bila kita sedang gembira, sahabat kita mengerut-ngerutkan mukanya? Apakah yang kita rasa bila kita bersedih, kawan kita bergelak ketawa di hadapan kita?

17. Memberi hadiah

Motivasi: Allah cinta kepada orang yang bermurah hati.

18. Sentiasa memupuk kasih sayang dengannya hingga akhir hayat.

Motivasi: Allah cinta kepada orang yang saling berkasih sayang keranaNya. Justeru Allah menegaskan bahawa salah satu dari dua doa yang tidak dimakbulkan ialah doa supaya diputuskan silaturrahim. Memelihara silaturrahim serta mengekalkannya juga dapat memanjangkan umur.

19. Mengucapkan terima kasih di atas kebaikan sahabat terhadap kita.

Motivasi: Allah berjanji kalau kita sentiasa berterima kasih dengan nikmat yang diperolehi, (naik kepada manusia atau kepadaNya), maka Dia akan tambahkan lagi nikmat tersebut. Ini janji Allah. Nescaya ditepati.

20 Sentiasa mendoakannya. Doakan selalu sahabat-sahabat kita ketika dia masih hidup atau setelah dia meninggal dunia.

Motivasi: Para malaikat akan selalu mendoakan kita selagimana kita mendoakan kebaikan buat sahabat-sahabat kita.

21. Menziarahi sahabat tatkala dia sakit atau ditimpa bencana.

Motivasi: Allah suka kepada hamba yang mengambil berat hal orang lain.

22. Mengiringi sahabat ke pintu ketika dia hendak pulang setelah menziarahi kita.

Motivasi: Sikap ini menandakan kita menghargai kunjungan sahabat. Sahabat kita pula merasa dirinya dihormati dan dihargai. Kesannya ia mampu menambahkan kasih sayang sedia ada.

Lakukan semua perkara di atas karena cinta kpd Allah. Apa yang telah kita amalkan, sama-sama kita berusaha untuk konsisten dengannya. Mana yang kurang, sama-sama kita perbaiki. Insya Allah, persahabatan kita berkekalan dengan limpahan barakah dariNya......Aamiin Ya Robb..

Semoga bermanfaat dan penuh Kebarokahan dari Allah.....

Marilah Setiap detak-detik jantung..,
selalu kita isi dengan..
Asma Teragung diseluruh jagad semesta raya ini...

Vicky
Zawiyah Sirul Barokah
Subhanallah wabihamdihi Subhanakallahumma wabihamdika AsyaduAllahilaha illa Anta Astagfiruka wa'atubu Ilaik ....